Fakulti Senilukis & Senireka

Fesyen bukan sahaja merujuk kepada pakaian semata-mata. ia juga merangkumi satu industri yang luas di dalam bidang pembuatan pakaian dan gaya hidup masyarakat. Program ini mempamerkan kemahiran di dalam reka bentuk fesyen, pembuatan pola, pakaian dan sulaman. Selain itu juga, program ini menekankan kepada latihan yang meluas dalam kreativiti dan reka bentuk, dengan menitikberatkan kemahiran teknikal dan proses pengeluaran yang disokong oleh pengetahuan teori untuk menggalakkan pemikiran kreativiti dan inovasi.

Objektif Utama program ini adalah menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang reka bentuk grafik, ia juga tidak secara langsung menyediakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti serta inovatif yang memenuhi kehendak pasaran pada peringkat national dan international.

Jun & November
2 Tahun 6 Bulan (5 Semester)

1. LEPASAN SPM Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat :

LIMA (5) kepujian/kredit termasuk:- 

  • Bahasa Melayu
  • Mana-mana 4 Subjek SPM

DAN

  • Lulus Bahasa Ingeris
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan  

 

2.LEPASAN SIJIL KEMAHIRAN MARA / SIJIL DARI INSTITUSI LAIN TERMASUK POLITEKNIK DALAM APA-APA BIDANG.  

Mendapat Kredit dalam mana-mana mata pelajaran berikut :-

  • Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Seni Reka Tanda.
  • Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains.
  • Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian / Pola   Pakaian.
  • Pengajian Pakaian / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Membuat Pakaian.
  • Grafik Berkomputer / Produksi Multimedia.

DAN

  • Lulus Bahasa Inggeris 
  • Matematik/Matematik Tambahan  
  • Mencapai HPNG 2.75

Daftar Online