Fakulti Senilukis & Senireka

Selayang Pandang : Rekaan Grafik merupakan satu proses komunikasi visual dan proses menyelesaikan masalah melalui penggunaan unsur-unsur (element) dan prinsip-prinsip rekaan (principle). Bidang ini dianggap sebagai subset kepada komunikasi visual dan reka bentuk komunikasi. Program ini bermatlamat menggabungkan kreativiti penuntut dengan naluri perniagaan dan matlamat industri supaya mencapai hasil yang terbaik.

Objektif Utama program ini adalah menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang reka bentuk grafik, ia juga tidak secara langsung menyediakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti serta inovatif yang memenuhi kehendak pasaran pada peringkat national dan international.
Jun & November
2 Tahun 6 Bulan (5 Semester)

1. LEPASAN SPM Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat :

LIMA (5) kepujian/kredit termasuk:- 

  • Bahasa Melayu
  • Mana-mana 4 Subjek SPM

DAN

  • Lulus Bahasa Ingeris
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan  

 

2.LEPASAN SIJIL KEMAHIRAN MARA / SIJIL DARI INSTITUSI LAIN TERMASUK POLITEKNIK DALAM APA-APA BIDANG.  

Mendapat Kredit dalam mana-mana mata pelajaran berikut :-

  • Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Seni Reka Tanda.
  • Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains.
  • Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian / Pola   Pakaian.
  • Pengajian Pakaian / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Membuat Pakaian.
  • Grafik Berkomputer / Produksi Multimedia.

DAN

  • Lulus Bahasa Inggeris 
  • Matematik/Matematik Tambahan  
  • Mencapai HPNG 2.75

Daftar Online